Adakah Malaysia sebuah negara Islam? Jawapannya, mahupun "ya" atau pun "tidak" masih terus dipertikaikan oleh sesetengah pihak yang berkepentingan. Post aku pada kali ini berkisar kepada isu politik daripada perspektif berkecuali...
Aku terpanggil untuk membicarakan tajuk ini kerana isu ini sering dipolemikkan oleh orang yang bergelar "Yang Berhormat". Walaupun pendapat aku hanya boleh diibaratkan sebagai cakap2 kedai kopi, tapi sekurang-kurangnya aku berfikir dalam keadaan yang rasional dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak.
Pada aku, daripada masing-masing cuba meyakinkan rakyat yang pendapat mereka adalah benar, langkah yang paling baik yang harus dilakukan oleh "Yang Berhormat" ini ialah "bertindak" bukannya "bertekak". Bagi yang meyakini Malaysia memang sebuah negara Islam, maka negara Islam tentulah dinamik sifatnya iaitu sebuah negara yang menuntut penambah baikan yang berterusan.
Pada aku sebagai rakyat yang terpencil sumbangannya kepada negara ini, aku melihat negara kita sebenarnya berada di landasan yang betul. Kita tidak sepatutnya cuba untuk menghapuskan sama sekali asas yang telah dibina sejak bertahun-tahun lamanya. Tidak perlu melakukan "reformasi" atau "revolusi" dalam konteks yang lebih luas, tetapi langkah yang paling bijak ialah membaiki sistem yang sedia ada.
Setakat ini dahulu post aku kali ini, aku akan ulas lagi mengenai tajuk ini pada post seterusnya...
bersambung.....

0 comments:
Post a Comment