Apa yang sedia untuk di’Korban’kan, sempena Hari Raya Korban 1430H?

Thursday, November 26, 2009

0 comments  


 
Aidil Adha 1430H

Hari ini merupakan hari Wukuf di Padang Arafah. Ini ialah permulaan musim Haji 1430H. Besok ialah Hari Raya Aidil Adha atau dikenali juga sebagai Hari Raya Korban.

‘Korban’ ialah erti simbolik Nabi Allah Ibrahim Alaihissalam begitu taat kepada perintah Allah s.w.t. dengan rela dan redha bersedia untuk menyembelih putera kesayangan Nabi Allah Ismail Alaihissalam, tanpa sebarang kesangsian. Kita perlu kaji bagaimana roh ‘Korban’ ini membawa pengertian lain kepada kita, rakyat Malaysia yang terdiri dari majoriti Melayu-Islam.

Sempena hari yang mulia ini, marilah kita sama-sama menghayati maksud sebenar korban terhadap diri sendiri. Adakah kita benar2 sanggup berkorban terhadap diri sendiri atau orang lain?....terlalu besar sebenarnya kita hendak membicarakan tentang korban, inilah masanya kita merenung kembali bagaimana kesanggupan kita untuk berkorban bila menghadapi sesuatu ujian. 
Secara ikhlasnya, aku sendiri tidak dapat menilai sejauh mana pengorbanan yang dapat aku lakukan terhadap diri sendiri, keluarga, agama dan sebagainya. terlalu subjektif untuk membincangkan mengenai tahap pengorbanan kita, dalam kehidupan aku sendiripun, tidak pasti adakah pengorbanan aku untuk kesejahteraan keluarga betul2 dapat membahagiakan mereka, malahan mungkin terlalu jauh dan terlalu sedikit pengorbanan aku sebagai seorang anak terhadap ibunya, suami terhadap keluarganya, abang terhadap adiknya, pekerja terhadap majikannyaa... dan banyak lagi.
Oleh itu, sempena Hari Raya Aidil Adha ini, aku menyeru kepada setiap mereka yang beragama Islam supaya merenung kembali pengorbanan diri kita tidak kira apa jua keadaan sekalipun. 
‘Korban’ 1430H ini membawa pengertian yang jauh lebih mendalam. Rakyat Malaysia, terutama orang Melayu-Islam perlu bersedia untuk ber’Hijrah’ dan melakukan ‘pengorbanan’, bagi menjamin masa depan anak cucu kita.
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

Wang Ihsan... tahniah Tok Guru...

Thursday, November 5, 2009

0 comments  

Tahniah kepada semua warga kelantan, akhirnya dapat juga wang ihsan daripada kerajaan pusat. Tak kira la apa nama sklipn, yang penting rakyat kelantan dapat manfaatnya. kepada tok guru n geng, gunakan la sebaik-baiknya, jgn hanya tau mintak saje tp tidak tau mengurus, walau byk mane sklpn duit yang kita dapat, kalau tidak diuruskan dgn betul akhirnya habis jua... kepada tok guru, beliau satu-satunya pemimpin klntn yang tau bersyukur dengan apa yang rakyat kelantan dapat....

dan bagi yang lain, terutamanya 2 mamat yang perasan bagus ni, Husam Musa n Sallehudin Ayub, belajar2 le ucap trima kasih atas pemberian org, tak perlu asyik nk membangkang saje, baik korang bedua nie merancang mcm mane nk bgnkn kelantan daripada nk jd jaguh, tak perlu nk bg kata dua kepada kerajaan pusat,  ... kononnye laaa...

Negeri kelantan terlalu banyak istimewanya, tp klu dpt mcm pemimpin 2 mamat nie, tak ke mana la klntn gamaknya, aku percaya klntan boleh jd negeri yang hebat...

tp kena la merendah diri sikit, jgn terlalu takbur sgt, belajar daripada negeri lain mcm mn nk bgnkan klntan, negeri2 lain xde wang ehsan pun tp masih lg boleh berjaya, yang penting pemimpin perlu bijak dan pandang ke hadapan, bukan asyik berceramah je kejenya,.... kena byk study beb kalau nk berjaya...

aku pasti kalau btul wang royalti mmg hak rakyat klntan, lambat laun korang akan dapat juga, tp mcm yang aku ckp td kena la bljr bersyukur mcm tok guru, aku meluat sgt tgk pemimpin mcm 2 mamat td, korang bedua nie elok keje kt pelantar minyak je, biar korang tau mcm mn susahnye nk dapat kn minyak, harap muke je cerdik tp otak tak bole pakai, cermin diri tu dulu...

N31: Bagan Pinang

Sunday, October 11, 2009

0 comments  

Tahniah BN

HOBIN JANG HOBIN

Hobin Jang Hobin...3x
Daghi sawah tughun padang
Kini kau dah pandai nondang
Kali ini mesti monang
Bukan susah cukup sonang
Hobin jang hobin...3x

Sumbek gol banyak-banyak
Bia sampai jaghing kuyak
Main bia hati-hati
Jangan masok gol sendighi
Hobin jang hobin...x3

Duo satu kocik bona
Ompek satu sonyum lebar
Kalu buleh tujuh kosong
Bia dio balik molopong
Molopong.. molopong. molopong..
Hobing jang hobin...3x

Hobin jang hobin...3x
Yam Tuan sokong kito
Montoghi Bosar sokong kito
Undang Luak sokong kito
Jangan buek malu muko
Hobin jang hobin...3x

Kali ini kalau kalah
Balik kampong potong gotah
Kito jangan monggollabah
Pialo kito punggah
Punggah.. punggah...
Hobin Jang Hobin...3x

Hobin bin bin bin hobin jang hobin..............
Hobin... hobin... hobin jang hobinnnnn........
Hobin jang hobin....

Kejelikan Orang Melayu- episod 2

Monday, October 5, 2009

0 comments  

Apabila kerajaan menggerakkan Dasar Ekonomi Baru (DEB), kerajaan percaya bahawa orang Melayu yang paling utama mendapat faedah, hasil daripada dasar ini diharap rakyat berterima kasih atau sekurang-kurangnya menghargai apa yang telah dilakukan oleh kerajaan. Kerajaan mengharapkan di kalangan golongan elit baru , akan muncul penyokong dan pemimpin yang akan meneruskan dasar tersebut sehingga matlamatnya tercapai sepenuhnya.

Malangnya, rasa terima kasih dan penghargaan dicantas oleh pihak-pihak tertentu (parti politik) yang berusaha meracuni pemikiran pelajar sejak peringkat awal lagi dan memberitahu mereka bahawa kerajaan di mana-mana pun akan melakukan perkara yang sama untuk mereka. Mereka tidak perlulah bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan sedia ada sekarang. Mereka tidak perlu berasa terhutang budi kepada kerajaan walaupun kerajaan memainkan peranan mencari dan mengagihkan kekayaan. Hasutan ini yang berlawanan dengan ajaran Islam nampaknya tidak dipedulikan.

Semasa pentadbiran British, terlalu sedikit orang Melayu yang dapat memasuki universiti. Pelajar bukan Melayu melebihi pelajar Melayu dengan nisbah 10 berbanding satu. Pada hari ini, setiap anak Melayu boleh mendapat biasiswa dan pinjaman untuk melanjutkan pelajaran ke universiti. Jika mereka tidak layak, kerajaan akan memberikan bimbingan khas supaya mereka dapat memasuki universiti dengan kelayakan minimum. Jika anda menganggap ia adalah hak anda maka anda tidak perlu berterima kasih kepada kerajaan. Oleh sebab tiada perasaan terhutang budi, mereka merasakan tidak perlu untuk belajar dengan kuat. Mereka tercebur jauh ke dalam kancah politik berat sebelah.

Begitulah serba sedikit realiti yang berlaku pada generasi muda sekarang. Mereka mudah lupa kepada pemimpin terdahulu yang telah banyak memberi sumbangan kepada generasi sekarang. Cacian dan penghinaan dalam bahasa yang amat menjijikkan dilontarkan kepada kerajaan yang telah banyak memberi jasa sehingga terbinanya sebuah negara yang cukup baik sifatnya. Memang ada kurangnya tetapi itulah tugas generasi sekarang untuk memperbaikinya dan bukan menidakkan apa yang telah dilakukan oleh kerajaan.

Ada segelintir kalangan kita yang mempersoalkan apa sumbangan kerajaan kepada rakyat dan ada yang menuduh kerajaan membelakangkan Islam tanpa membuat 'research' terlebih dahulu. Betapa dangkalnya manusia sebegini yang hanya tahu bercakap dan menjatuhkan hukum walaupun sedar sumbangan kerajaan terhadap negara. Golongan ini menganggap apa yang dilakukan oleh kerajaan sekarang boleh dilakukan mana-mana kerajaan di dunia ini.

Aku bersyukur kerana negara kita setakat ini kekal aman serta stabil dan membangun dengan amat baik berbanding dengan negara jiran yang lain. Aku berharap keadaan ini akan berterusan dan maju seiring dengan kehendak Islam khususnya. Aku percaya Islam yang didasarkan oleh pemimpin yang terdahulu telah menampakkan kesannya pada generasi sekarang cuma perlu diperkasakan oleh generasi sekarang. Aku berharap tidak kira siapa yang memerintah tetapi haruslah jatuh kepada pemimpin yang betul-betul sayangkan agamanya dan ikhlas untuk melihat anak Melayu lebih berjaya daripada kaum-kaum yang lain. Aku cukup sayangkan negara ini dan tidak mahu orang Melayu berpecah-belah disebabkan politik menjaga hati. Semoga tuhan menyelamatkan negara kita daripada pemimpin-pemimpin yang durjana.....

Aminnn........

Kejelikan Orang Melayu- episod 1

0 comments  

Pada 1969, rusuhan kaum meletus di Kuala Lumpur selepas pilihanraya apabila Perikatan, parti yang wujud sebelum Barisan Nasional, tidak mencapai prestasi yang baik. Kekacauan meletus apabila Parti Cina dengan gahnya meraikan 'kemenangannya' menewaskan orang Melayu. Peristiwa ini menyebabkan orang Melayu turut melakukan hal yang sama. Kedua-dua kaum ini bergaduh sesama sendiri. Orang Melayu membakar rumah kedai dan kenderaan orang Cina. Brhari-hari lamanya, Kuala Lumpur tidak selamat bagi orang Melayu atau Orang Cina.

Kerajaan mengenakan perintah berkurung dan menghentikan pergaduhan itu. Namun, rasa marah orang Melayu terhadap orang Cina dan begitu sebaliknya bersarang. Semua pihak, terutamnya Barat, meramalkan Malaysia tidak akan aman lagi dan tidak akan membangun.

Pemimpin pelbagai kaum daripada Perikatan berusaha merawat kemusnahan. Jurang yang amat luas dari segi agihan kekayaan antara kaum dikenal pasti sebagai punca kemarahan mereka. Maka, satu dasar tindakan afirmatif iaitu Dasar Ekonomi Baru (DEB), dirumuskan untuk membri bantuan khas kepada orang Melayu dan penduduk peribumi supaya dapat bersaing dengan orang Cina dalam bidang ekonomi. Matlamat ini dicapai dengan meransang pertumbuhan ekonomi supaya daripada bahagian pertumbuhan dapat disalurkan kepada kaum bumiputera. Kekayaan orang Cina tidak dirampas.


Untul melaksanakan dasar ini, kerajaan menawarkan ratusan ribu biasiswa kepada orang Melayu yang berkelayakan untuk mendapatkan pendidikan sehingga peringkat universiti. Puluhan ribu anak Melayu dihantar ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran dengan perbelanjaan yang amat besar. Universiti tempatan pula menerima kemasukan lebih ramai pelajar Melayu daripada pelajar bukan Melayu.

Denagan pemberian lesen niaga, pinjaman mudah, kontrak dan sebagainya, peniaga Melayu yang baru meningkat dapat mengorak langkah. Sudah tentulah ramai yang gagal tetapi ada juga yang berjaya dan meningkat menjadi usahawan yang berjaya serta ahli perniagaan cemerlang yang memiliki kepentingan di seluruh dunia.

Menjelang 1990-an, jurang kekayaan yang melampau antara orang Cina dengan orang Melayu berkurangan dengan banyaknya....

bersambung.....

DENDANG PERANTAU

Wednesday, September 30, 2009

0 comments  

Selamat Hari Raya.... Maaf Zahir Batin.. bt

Tahun nie aku beraya di kampung Nogori.. sronok tul rasanye dapat beraya dikampung sendiri, tapi yang buat aku betambah sronok bile lihat isteri aku cukup teruja nk beraya dikampung aku, lebih daripada diri aku sendiri...

biler citer psl raya nie, aku dpt rasakn byk benda yang dh berubah berbanding masa aku kecik2 dulu, banyak sgt benda yang buat aku rase raya skrg nie tak semeriah dulu....

kalau dulu,... bile nk raya bakar lemang dh menjadi kewajipan bagi keluarga aku, tp skrg lemang dh tak bakar jz kuarkn duit pas tu beli je, pas tu rasenya hampehhhhh,... tu le padahnye biler beli ngan orang lain, diaorg nie main bedal je buat lemang, asal dpat duit, mak aku ckp pas nie kite kene bakar lemang sendiri balik...

kalau dulu,.... aku dan sedara mara akan berkumpul ramai2 pada mlm raye, main mercun n bunga api same2, tp thn nie masing2 mlm raye dok lepak umah masing2... dh tgh mlm br le aku gi jumpe spupu2 aku tu, tu pn sbb kitaorg plan nk gi main boling mlm tu, ape daaa, org sebuk betakbir kitaorg lk siibuk main boling... hehehe..

kalau dulu,.... pas je smayang raye, aku n sdara mara terus je gi serbu rumah orang, tp tahun nie x mcm tu, rumah aku lk yng kene serbu sbb pas smayang n ke kubur terus blk rumah... padan muke...

kalau dulu,.... aku tgk budak2 cukup sronok jln raye beramai2, pagi2 raye tu dh tercongok depan rumah nk beraya, nk duit raya, org yang x kenal pun dia masuk jugak.. tp thn nie aku tgk budaya tu dh makin berkurang, ade tp tak smeriah dulu..

kalau dulu,..... kawan2 rajin je dtg rumah, tp skrg nie klu xde bt open house n x ajak pulak, usah harap diaorg nk dtg, tp x smua la, kwn yg setia tetap saban thn dtg umah aku...

kalau dulu,... adik2 n kakak aku cukup rajin buat kuih raya n sanggup bersenggang mata, tp thn nie semuanye kuih tunjuk2 je, mentang2 la masing dh begaji beli aje......

kalau dulu,..... budak2 cukup suka dapat duit raya, 50 posen pn dh berharga, tp skrg klu stakat sehinggit tu diaorg boleh tarik muke lagi.... kurang asam betolllll..

kalau dulu,..... aku dapat duit raye, skrg aku yg kene perabis....... waaaaaaa..!!!!!!!

Manusia Tak Sodar deUntung

Wednesday, September 16, 2009

0 comments  

aku cukup meluat dengan orang yang tak tau mengenang budi.

dah le keje ngan kerajaan, pas tu bab hentam-menghentam dia lh no 1. gaji tiap2 bulan amik, biar pn dia kata kerajaan amik dr sumber yang haram... aku geram btol ngan orang mcm nie... hipokrit.

kalu berani letak je jawatan sebagai penjawat awam... dasar2 kerajaan terumtamanye dlm bidang pendidikan nie, semuanye x kene pada pandangan orang sebegini, ada saje yang x kene... spatutnya kite sbg penjawat awam nie lah yg patut mendokong dasar2 kerajaan. tp bukan nye nk menyokong siap hentam ade laaaa, ...

benda nie berlaku pada diri aku sendiri, byk org disekeliling aku yang mkn gaji dengan kerajaan tapi pada masa yang sama suke menjaja cerita yang bukan2 ttg kerajaaan, siap kata kerajaan bodoh skl... dia ingat senang ke nk mentadbir dan membuat dasar nie, stakat cakap air liur bole la.

org sebegini suker membawa dakyah2 yang tak tau mana sumbernye. contoh yang berlaku di satu negeri br2 nie, psl kononnya sebab sultan ***** tak sokong kerajaan sblm nie, mamat yg aku maksud kan nie ckp sultan tu tak dapat projek, bersungguh btol dia citer.. tapi biler ditny mana sumbernya, dia ckp org kt sana bgtau, bersungguh2 dia ckp citer tu btul... aku tny dia mcm mn kalau citer tu tak bnar? mamat nie diam... aku ckp pada dia klu citer nie tak benar, maksudnya ko nie dh bw fitnah, hatta klu citer tu benar sklpn kita x spatutnya menyebar2 kn aib org.. harap je pakai kopiah, surau tak tinggal tp suker sgt bwk citer yg tak tau asal usulnye, bt malu org Islam je, aku nie xde la kuat agama sgt tp aku x suker bwk citer2 busuk mcm nie......

satu lgi psl bonus yg x dpt thn nie, mule la orang2 mcm nie buat cerita mcm2, kata kerajaan x amik berat la, x hirau kebajikan rakyat la, n ade juga yang ungkit pasl duit petronas, hasil minyak tu buat ape, pekerja petronas boleh pulak bagi bonus yang banyak, tp rakyat tak bagi lansung... ape salah nya bagi kt rakyat semuanye... sengkek betul pemikiran orang sebegini, klu hasil yang ade tu bagi pada rakyat je, alamat melingkup la negara nie gamaknye, jd mcm indon le nampaknya, negara yng cukup byk dengan hasil minyak tetapi skrg negara jd miskin, jd mcm nie sbb x pandai urus hasil minyak tersebut,..... diaorang yg bekerja tu x perlu la dipertikaikan, jasa diaorang secara terus ngan petronas n negara, patut sgt la diaorang dapat,... sendiri mau ingat la....

byk lg klu kiter dgr org2 kerajaan yg berperangai mcm nie, byk sgt kisah yang diorang jaja, yg paling dekat nie psl isu takde bonus, mule la bkk citer yg bukan2 kutuk krajaan... malas la aku nk citer, bt tambah dosa je.

kepada org2 yang mcm nie, klu x suker sgt pn kerajaan skrg nie, jgn le bw cerita2 berunsur fitnah sebegini, bt tambah dosa je.... klu ditakdirkan pn kerajaan yang ade skrg bertukar tangan, aku tetap akan mendokong dasar2 yg dibawa oleh mana2 pemerintah sklpun asalkan tidak melampui batasan agama.....