Kejelikan Orang Melayu- episod 1

Monday, October 5, 2009

 

Pada 1969, rusuhan kaum meletus di Kuala Lumpur selepas pilihanraya apabila Perikatan, parti yang wujud sebelum Barisan Nasional, tidak mencapai prestasi yang baik. Kekacauan meletus apabila Parti Cina dengan gahnya meraikan 'kemenangannya' menewaskan orang Melayu. Peristiwa ini menyebabkan orang Melayu turut melakukan hal yang sama. Kedua-dua kaum ini bergaduh sesama sendiri. Orang Melayu membakar rumah kedai dan kenderaan orang Cina. Brhari-hari lamanya, Kuala Lumpur tidak selamat bagi orang Melayu atau Orang Cina.

Kerajaan mengenakan perintah berkurung dan menghentikan pergaduhan itu. Namun, rasa marah orang Melayu terhadap orang Cina dan begitu sebaliknya bersarang. Semua pihak, terutamnya Barat, meramalkan Malaysia tidak akan aman lagi dan tidak akan membangun.

Pemimpin pelbagai kaum daripada Perikatan berusaha merawat kemusnahan. Jurang yang amat luas dari segi agihan kekayaan antara kaum dikenal pasti sebagai punca kemarahan mereka. Maka, satu dasar tindakan afirmatif iaitu Dasar Ekonomi Baru (DEB), dirumuskan untuk membri bantuan khas kepada orang Melayu dan penduduk peribumi supaya dapat bersaing dengan orang Cina dalam bidang ekonomi. Matlamat ini dicapai dengan meransang pertumbuhan ekonomi supaya daripada bahagian pertumbuhan dapat disalurkan kepada kaum bumiputera. Kekayaan orang Cina tidak dirampas.


Untul melaksanakan dasar ini, kerajaan menawarkan ratusan ribu biasiswa kepada orang Melayu yang berkelayakan untuk mendapatkan pendidikan sehingga peringkat universiti. Puluhan ribu anak Melayu dihantar ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran dengan perbelanjaan yang amat besar. Universiti tempatan pula menerima kemasukan lebih ramai pelajar Melayu daripada pelajar bukan Melayu.

Denagan pemberian lesen niaga, pinjaman mudah, kontrak dan sebagainya, peniaga Melayu yang baru meningkat dapat mengorak langkah. Sudah tentulah ramai yang gagal tetapi ada juga yang berjaya dan meningkat menjadi usahawan yang berjaya serta ahli perniagaan cemerlang yang memiliki kepentingan di seluruh dunia.

Menjelang 1990-an, jurang kekayaan yang melampau antara orang Cina dengan orang Melayu berkurangan dengan banyaknya....

bersambung.....

0 comments: