
Aidil Adha 1430H
Hari ini merupakan hari Wukuf di Padang Arafah. Ini ialah permulaan musim Haji 1430H. Besok ialah Hari Raya Aidil Adha atau dikenali juga sebagai Hari Raya Korban.
‘Korban’ ialah erti simbolik Nabi Allah Ibrahim Alaihissalam begitu taat kepada perintah Allah s.w.t. dengan rela dan redha bersedia untuk menyembelih putera kesayangan Nabi Allah Ismail Alaihissalam, tanpa sebarang kesangsian. Kita perlu kaji bagaimana roh ‘Korban’ ini membawa pengertian lain kepada kita, rakyat Malaysia yang terdiri dari majoriti Melayu-Islam.
Sempena hari yang mulia ini, marilah kita sama-sama menghayati maksud sebenar korban terhadap diri sendiri. Adakah kita benar2 sanggup berkorban terhadap diri sendiri atau orang lain?....terlalu besar sebenarnya kita hendak membicarakan tentang korban, inilah masanya kita merenung kembali bagaimana kesanggupan kita untuk berkorban bila menghadapi sesuatu ujian.
Secara ikhlasnya, aku sendiri tidak dapat menilai sejauh mana pengorbanan yang dapat aku lakukan terhadap diri sendiri, keluarga, agama dan sebagainya. terlalu subjektif untuk membincangkan mengenai tahap pengorbanan kita, dalam kehidupan aku sendiripun, tidak pasti adakah pengorbanan aku untuk kesejahteraan keluarga betul2 dapat membahagiakan mereka, malahan mungkin terlalu jauh dan terlalu sedikit pengorbanan aku sebagai seorang anak terhadap ibunya, suami terhadap keluarganya, abang terhadap adiknya, pekerja terhadap majikannyaa... dan banyak lagi.
Oleh itu, sempena Hari Raya Aidil Adha ini, aku menyeru kepada setiap mereka yang beragama Islam supaya merenung kembali pengorbanan diri kita tidak kira apa jua keadaan sekalipun.
‘Korban’ 1430H ini membawa pengertian yang jauh lebih mendalam. Rakyat Malaysia, terutama orang Melayu-Islam perlu bersedia untuk ber’Hijrah’ dan melakukan ‘pengorbanan’, bagi menjamin masa depan anak cucu kita.
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

0 comments:
Post a Comment