adakah kita profesional?
sering kali ungkapan ini bermain dalam fikiran aku, setiap kali aku dengar "guru mesti malaksanakan tugas dengan profesional...", "guru mesti meningkatkan tahap profesionalime..." dan bermacam-macam lagi ungkapan seumpamanya.
Hakikatnya, profesionalisme dalam konteks guru hanyalah sekadar ungkapan semata-mata bukan sebaliknya, acap kali aku dengar, acap kali itulah telinga aku semakin geli.
bukannya untuk membuka pekung di dada, malah jauh sekali untuk merendahkan taraf guru, tetapi sekadar meluahkan apa yang telah aku lalui sepanjang menjadi guru...
Semasa di maktab, kami sering didedahkan dengan tahap profesional guru, malangnya selepas beberapa tahun menjadi guru, aku rasakan ungkapan "profesional" masih jauh lagi untuk digapai oleh seorang guru.
Cuba bayangkan seorang guru yang terpaksa memikul tugas-tugas di sekolah seperti berikut:
1. Penyelaras Tahun 6
2. Guru Tahun 6
3. Penyelaras unit disiplin
4. Penolong penyelaras makmal komputer sekolah
5. Jurulatih bola sepak sekolah
dan banyak lagi tugas sampingan yang lain..
Korang rasa, kalau diperhatikan daripada tugas guru tersebut di sekolah, mampukah beliau untuk menjadi seorang guru yang profesional? memang jauh disudut hati untuk memberikan yang terbaik terhadap setiap tugas yang diberi, tapi mereka hanya manusia biasa yang dianugerahkan masa yang sama dengan setiap insan dimuka bumi ini.
Sebelum menjadi guru, aku pernah bekerja disebuah syarikat sebagai IT engineer, dan berhenti daripada kerja tersebut atas dasar mempertahankan prinsip profesionalisme, aku dilatih untuk menghormati peraturan syarikat dan tidak pernah menyesalinya...
Tapi apabila aku masuk dalam bidang pendidikan ini, semakin lama semakin lupa bagaimana untuk menjadi pekerja yang berdedikasi, menjaga penampilan dan mempertahankan keluwesan (antara ciri profesionalisme)... kenapa ini berlaku? semuanya disebabkan faktor persekitaran yang telah dibina sejak lama dahulu...
Aku tidak sepatutnya membenarkan persekitaran menguasai diri, tetapi aku hanya manusia biasa yang semakin lama semakin hilang motivasi....
di mana silapnya........
AKU MESTI BERUBAH........ arghhhhhhh...!!!!!!!!
Just an amusing observation..
6 years ago

0 comments:
Post a Comment