UPSR 2009

Friday, September 4, 2009

 

Good luck to all student SK Pandan Perdana, hopefully all of you getting excellent result and managed to pass 100%. All teachers SK Pandan Perdana pray success all of you.

When UPSR more almost, remember also with batch UPSR 2008. they have been successful to put SK Pandan Perdana between best school in daerah Hulu Langat. Here i flash back memory with they....

                    

“Aku rasa lebih baik reunion kita diadakan di KLCC aje. Lagipun ramai kawan-kawan kita yang menetap di sini”, kata Amin.
“Saya tak setuju. Bagi saya reunion ini mesti diadakan di Pandan Perdana. Lagipun disitulah bermula segala-galanya. Kalau nak buat di KLCC, tak payah buat reunion pun tak pe”, Marsietah tak puas hati, kali ini dia nekad, apa nak jadi pun jadilah.
Semua ahli mesyuarat terdiam. Hazwan yang sejak tadi asyik dengan handsetnya juga tergamam. Tapi Jacky buat dak je, siap tidur lagi. Syamir pula mintak diri ke bilik air, alasanlah tu. Saja, tak sanggup dengar babak seterusnya atau memang tabiatnya daripada dulu asyik nak ke tandas aje. Sepatutunya AJK Alumni telah mengadakan mesyuarat 2 minggu yang lalu. Tapi atas kesibukan masing-masing, mesyuarat ini terpaksa ditangguhkan. Chin Hooi ke Kuantan, melawat ke tapak projek meganya. Syamir Shabir pula, semenjak bergelar ketua aksekutif, lansung tak dengar khabar. Apatah lagi dengan Adrian, sibuk memanjang mengurus syarikat ADR Corporation yang dibukanya. Dengar khabar Lim juga merupakan rakan kongsinya.
“Aku bukannya apa, tak nak menyusahkan semua orang. Lagipun kita semua ni sibuk.” Amin cuba mengawal keadaan.
“Saya faham, semua orang sibuk tapi cabalah fikir, dah 18 tahun kita tak buat reunion sejak kita tamat belajar dulu. Takkanlah nak luangkan masa sikitpun tak boleh. Penting sangatkah kesibukan kita jika dibandingkan dengan persahabatan?” Marsietah sudah sejuk sedikit, yang sekarang nie menjadi artis sebuah syarikat rakaman. Hazwan menarik nafas lega dan kembali membelek handsetnya. Maklumlah, handset terbaru rekaan kawan baiknya Ibrahim. Dengar-dengarnya Ibrahim dah berlepas ke Jepun setelah menerima tawaran bekerja daripada syarikat Motorola sebagai Production Engineer…
Zubair sebagai pengerusi persatuan bekas pelajar SKPP (dan juga pengarah urusan Capati Holding) yang sejak tadi mendiamkan diri tiba-tiba bersuara.
“Macammana pula dengan pendapat yang lain?” tanya Zubair.
“Saya setuju dengan pendapat Marsietah tu. Inilah peluang kita untuk berjumpa semula ditempat kita mula-mula menimba ilmu dulu. Lebih seronok rasanya, dapatlah mengimbau kenangan-kenangan lalu”, kata Alif sambil memandang Atul yang semakin ayu itu.
“Saya setuju dengan pendapat Alif tu”, Atul juga bersuara.
“Macammana dengan awak Dzulfiqar?” tanya Zubair.
“Saya mengikut aje, baik pada semua baiklah pada saya” balas Dzulfiqar.
“Bagaimana pula dengan Haida dan Batrisya?”, tanya zubair. Seperti biasa kedua-duanya hanya mengangguk tanda setuju.
“Baiklah kalau begitu dengan kuasa yang ada pada saya, saya menetapkan bahawa reunion kita akan diadakan di Pandan Perdana pada 5/ 11/ 2026. Jadi kita ada masa sebulan untuk buat persiapan. Lagipun cuti sekolah akan bermula, inilah peluang kita untuk membawa anak-anak berjalan. 
Persiapan mula dibuat. Khabar disebarkan dari mulut ke mulut, dari telefon ke telefon, dari email ke email dan dari yang sewaktu dengannya ke sewaktu dengannya. Izz yang sedang menunaikan umrah telah diberitahu oleh Jeffry melalui sidang video dan dia telah bersetuju untuk datang. 
Nurul, Anis dan Atikah mungkin tidak bermasalah memandangkan mereka tinggal berhampiran Pandan Perdana. Kalau tidak ditemani suami masing-masing, anak-anak mereka bertiga tentu suka menemani ibu masing-masing. Hamiera pula terpaksa pulang ke kampung pada tarikh tersebut. Rasathi dan Ashvani masih menunggu ‘green light’ daripada suami mereka. Peter, Kabilan dan Wan pulak tak dapat dihubungi. Entahlah, ramai yang telah terputus hubungan dengan mereka. Hafizuddin yang baru sahaja menimamg cahaya mata kedua juga excited nak datang. Lagipun dia sedang bercuti sekarang. Dengar-dengarnya Kar Fye tak dapat datang kerana dihantar berkursus ke Jerman untuk membina kapal selam Malaysia. Asiah pula terpaksa mengikut suaminya ke Sydney. Maklumlah isteri diplomatlah katakan. Takpelah Asiah, ada rezeki kita jumpa lagi. Mungkin ramai yang tak tahu, Fatin dah berkahwin dengan pemuda pilihannya dari Frankfurt dan terus menetap di sana. Segala-galanya bermula semasa dia melanjutkan pelajaran dalam ijazah sarjananya. Seperti biasa Intan ditugaskan sebagai AJK makanan. Sape tak kenal Intan, pemilik restoren IntanBesta terulung di Ampang. Setelah lebih lima tahun bekerja di syarikat swasta, dia beralih arah ke bidang yang memang telah sebati dengan jiwanya.
“Hello Dania, kau nak pergi ke reunion tu tak. Deeban, Gurvin, Barath, Azlan, Danial, Danish dan Terrance dah confirm nak datang,” tanya Darmes yang baru sahaja diberitahu sekembalinya dari Korea.
“Aku memang nak pergi tapi suami aku ni tak berapa sihat kebelakangan ni. Maklumlah, perubahan cuaca agaknya. Kat London tu sejuk, tiba-tiba balik ke Malaysia, kau tahulah cuaca kat sini kan” Dania menerangkan. 
“Inilah masanya dia nak biasakan diri. Kau bawak je lah dia sekali”, desak Darmes. Sejak berkahwin dengan lelaki Inggeris, Dania menetap di London sehinggalah mendapat anak yang ketiga. Dia mengambil keputusan pulang ke Malaysia setelah memperolehi PHD dalam bidang yang disukainya. Baru beberapa minggu sahaja dia kembali. 
Kad-kad jemputan untuk Fahmi, Chew, Jason, Marcus, Farhan, Hariz, Nazreen dan Prashan telah lama dihantar dan jawapannya menggembirakan. Walaupun semuanya sibuk dengan kerja masing-masing namun demi persahabatan semuanya bersetuju untuk datang. Kit Mun dan Siew Jian, walaupun terlalu sibuk dengan tugas rasmi dan rumahtangga, juga berjanji untuk datang.
Hari yang dinanti-nantikan pun tiba. Kelihatan kenderaan pelbagai jenis tiba satu persatu memasuki kawasan ruang letak kereta SK Pandan Perdana. Banyak perubahan yang telah berlaku. Izzaty datang bersama suami dan anak-anak. Begitu juga dengan Bari’ah, Nazirah dan Nora. Comel-comelnya anak mereka. Hai Syarif, mana pulak isterinya? Mungkin tak dapat datang agaknya. Tiba-tiba sebuah Mercedez Benz metallic memasuki perkarangan sekolah. Pemandunya keluar dan semua mata memandang ke arahnya. Zakaria rupanya, ingatkan sapelah tadi. Zakaria datang dengan Rafael dan Nazirul katanya sekejap aje kerana banyak urusan yang perlu diselesaikan. Maklumlah ahli korporatlah katakan. Sedang semua orang sibuk berbual-bual, tiba-tiba kedengaran suara tangisan. Kelihatan Izzi sedang memujuk anaknya yang sedang menangis. Jarang mendengar berita darinya. Dia terus menetap di Selatan tanah air dan menjadi eksekutif teknikal di sebuah syarikat antarabangsa. Aiza dan Melissa sekeluarga telah tiba sejak 2 hari yang lalu. Gavin, Amir dan Hady pula tiba semalam dan menginap di Hotel De Palma.
Dua sahabat lama yang tidak dapat hadir iaitu Ikhwan dan Aidiel berkirim salam kepada semua. Maklumlah, tanggungjawab sebagai pelajar menjadi aral ketidakhadiran mereka. Setelah tamat Ijazah Pengajian Islam di UIA, mereka bertekad untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Master dalam bidang yang sama di Jordan. Alhamdulillah, sudah dua tahun mereka di sana ditemani isteri masing-masing. Seperti mimpi apabila melihat telatah anak-anak kecil berlari-lari ke sana ke mari. Seorang kanak-kanak comel hampir-hampir telanggar Zhi En yang baru sahaja keluar daripada kereta. Bila ditanya mana ayah dan ibunya, dia menunjukkan tangan kepada seorang wanita berbaju biru tua. Anak Jasmine rupanya. Opsss!!! Prof Madya Jasmine. Hampir 6 tahun menjadi pensyarah di sebuah Kolej terkemuka Malaysia. 
 “Awak apa khabar Guay, dah lama tak jumpa,” tegur Pavitharan dari belakang. 
“Laa.., engkau rupanya. Ingatkan siapa tadi. Aku sihat” jawab Guay.
Semua orang begitu gembira sekali. Maklumlah hampir lapan belas tahun tidak berjumpa. Inilah masanya untuk mengeratkan persahabatan yang telah sekian lama terbina.
“Masih terbayang-bayang diingatan, jerit perih mengharungi kehidupan sebagai pelajar dulu. Tapi dalam kepahitan di situlah terselitnya kemanisan”, kata Izza pula.
“Kau ni Izza, dari dulu sampai sekarang tak habis-habis dengan madah-madah berhelah kau tu” Amir bergurau.
Terasa seperti ingin kembali ke zaman sekolah rendah dahulu, berbagai-bagai ragam yang tidak dapat dilupakan, bertimbunnya latihan daripada guru-guru yang kami sayangi, bingungnya semasa menjawab peperiksaan dan bermacam-macam lagi. Kalau dulu semua itu menjadi satu kebencian, tetapi sekarang itulah yang dirindukan. 
Baru tadi Erwani menelefon mengatakan dia tidak dapat hadir kerana anaknya demem panas. Tak apalah Erwani, kesihatan anak lebih penting. Erwani juga kini bergelar pensyarah di sebuah kolej swasta. Sahabat yang paling sibuk, Chow Yinlynn datang bersama suami dan anak-anak. Dari Johor, dia sanggup datang semata-mata untuk menghadiri reunion ini. Yinlynn masih berkhidmat di sektor awam di sana, tambahan pula suaminya orang Johor. Majlis pada kali ini diserikan lagi dengan kehadiran bekas guru-guru yang kami sayangi. Terima kasih kerana sudi datang. Tentu mereka masih ingat dengan telatah kami semua yang pastinya memeningkan kepala. Tapi sekarang lihatlah, kesabaran mendidik kami telah membawa kami ke satu tahap yang pasti membanggkanmu.
Apabila upacara penutupan selesai dijalankan, kelihatan kelibat seorang lelaki yang dikenali tergesa-gesa manghampiri majlis. 
“laaa.. Hambali rupanya, kau tersalah tengok tarikh ke apa. Majlis dah selesai pun”, kata Ali sambil diperhatikan oleh Aizat. 
“Aku out-station kat Singapore, ni pun aku mintak excuse balik awal sebab nak join reunion ni” Hambali menjelaskan. Dia merupakan pengarah urusan syarikat miliknya sendiri.
Tak pelah Hambali, macam manapun kita tetap berjumpa. Lapan belas tahun yang lalu kita pernah berada di sini, menempuh segala cabaran bersama-sama. Walaupun kita telah membawa haluan masing-masing, sudah tidak bergelar pelajar namun jangan kita lupa, tanggungjawab kita sebagai manusia di bumi ini masih belum selesai. Di sni kita menerima didikat duniawi dan ukhrawi. Dan yang paling penting ingatlah bahawa, kita adalah murid generasi pertama SKPP.
                                             

                           nukilan, 
                              Cikgu Fairus…. 



* Sori klu korang x paham bahasa omputih yang aku tulis (broken sket).... saje jeee..

 

0 comments: